Sedar ataupun tidak, masa tetap berlalu... lajunya masa itu berlalu atau tidak bergantung kepada kepekaan kita terhadap masa. Perubahan perlu dilakukan. Bukan esok atau kemudian.
Hari ini...
Aku berazam untuk menangis sedih.. sepi.. terharu. Sedih kerana dua pertiga usiaku dijadikan modal penghisaban di hari akhirat. Sepi kerana kuburku kelak tidak diberi jaminan adakah tempat itu adalah taman-taman syurga ataupun lubang neraka. Terharu kerana Pencipta manusia sentiasa Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Aku perlukan hidayah dan nur. Tanpanya hidup ini diterjah kecelaruan dan kekecewaan. Maafkan aku yang masih belum sedar sepenuhnya....
Thursday, January 14, 2010
Thursday, December 3, 2009
Ajar dan sampaikan
Ilmu dan al quran diangkat dari mukabumi ini sehinggakan satu ketika dua orang bertelagah tentang sesuatu perkara mengenai hukum-hukum fardhu dan tidak ada seorangpun mampu menyelesaikan permasaalahan. Ini sangat merisaukan kerana perkhabaran itu datangnya dari mulut orang yang tidak pernah berdusta.
Jika dikaitkan dengan kecanggihan alat teknologi terkini yang mampu menyimpan data & menyampaikannya dengan kelajuan yang tinggi akhirnya kecundang kerana nilai ilmu ugama dan al Quran sudah tidak ada lagi di hati manusia. Ilmu ugama dan al Quran yang tersimpan di komputer juga pasti suatu hari di recycle bin.
Kesusahan mencari ilmu yang berlaku di zaman sahabat dan tabiin yang sanggup merantau beribu-ribu kilometer semata-mata untuk mengesahkan suatu hadis itu sah atau sebaliknya telah diangkat dan digantikan dengan kemudahan teknologi maklumat di mana umat manusia dapat mengakseskannya dengan satu sentuhan jari.
Imam Shafiee rahmatullaih pernah mengulas mempelajari ilmu semasa kesukaran adalah lebih bermanfaat. Beliau juga yang mempelajari ilmu-ilmu ugama dengan menulisnya di atas tulang-tulang yang dikumpulkan untuk diulangkajinya. Kadangkala menggunakan cerbisan kulit untuk ditulisnya ilmu-ilmu dari gurunya.
Persoalannya.. adakah kita ajar dan sampaikan ilmu-ilmu yang kita perolehi? Adakah kerana halangan tauliah dan persijilan menyebabkan kita lari dari tanggungjawab ajar dan sampaikan? Adakah itu menjadi alasan kita bila dihadapkan di mahkamah agung yang kita tidak menunaikannya kerana kita tiada tauliah atau persijilan? Fikir-fikirkan...

Monday, November 30, 2009
korban - antara lembu dan aku....
sang lembu: mooohhhhh....
(terjemahan: mana rumput... aku nak makan... aku kena zikir.. tanpa zikrullah aku mati.. aku makhluk Allah.. aku diperintahkan untuk taat perintah Allah..)
aku: Allahu Akbar Allah hu Akbar Allah hu Akbar Allah hu Akbar.
Laillah ha illallah hu Allah hu Akbar, Allah hu Akbar wallillah ilhamdu.
sang lembu: moohhhh....
(terjemahan: aduuuuhhh.. ramainya manusia keliling aku... alangkah bagusnya semua manusia sedar mereka juga pasti akan mati......)
aku: Allahu Akbar Allah hu Akbar Allah hu Akbar Allah hu Akbar.
Laillah ha illallah hu Allah hu Akbar, Allah hu Akbar wallillah ilhamdu.
sang lembu: arrrggggggh...
(terjemahan: kita jumpa di sana sekiranya Allah terima amalan korang... aku tetap setia menanti di akhirat kelak.....)
aku: Kerana kau lembu, kau telah menjadi korban... Di akhirat kelak kau tidak akan dihisab. Aku manusia pasti akan mati dan dihisabkan.
Kematian itu ngeri.. Mampukah aku yang banyak dosa itu menghadapi mati seperti lembu itu? Mampukah aku menangis mengenangkan kejahilanku yang selalu menempah kemurkaanNya lebih dari kesukaanNya?
Mampukah aku menghadapi azab kubur? Jika sedar diri ini lemah, kenapa masih lagi malas dan cuai.
Sedarkah setiap saat itu amat berharga. Celakalah diri ini jika setiap saat itu tidak diisi dengan fikir, zikir, syukur dan sabar....
Allah s.w.t telah tetapkan jodoh, rezeki dan maut di dunia ini. Kenapa aku sangat-sangat risaukan tentang perkara-perkara itu sedangkan isu-isu kubur, mahsyar, syurga dan neraka adalah sangat-sangat penting untuk diusahakan. So this is what I have to act.. selidik buruk diri sendiri.. repair, upgrade and calibrate my iman and amal..

Friday, October 30, 2009
Shopping mall atau masjid? Pilihlah..
Weekend adalah saat-saat yang dinanti-nantikan. Apakan tidak... inilah hari-hari di mana peluang untuk keluar dari suasana rumah atau tempat kerja di mana sebahagian besar masa yang aku telah luangkan.
Akupun memilih destinasiku.. Ikea Damansara. Mak datuk betapa ramainya orang. Maka pilihan aku tidak silap lagi. Kerana di situ aku bersama-sama ribuan manusia bersesak-sesak. Pengamatanku mengatakan ribuan manusia itu sebahagian besarnya daripada umat Islam. Jadi aku bersama-sama ribuan orang Islam sedang menikmati dunia ini yang pastinya memikat kalbu. Dunia itu indah. Dunia itu lazat... Dunia itu wangi... Dunia itu memberahikan... Dunia itu menyebabkan aku lupa kealpaan..
Aku di kalangan ribuan manusia yang berugama Islam ini sekiranya memenuhi masjid sebagaimana sesaknya di pusat membeli-belah itu tentulah menyerlahkan seribu manfaat masjid. Kenapa masjid lesu dan lengang? Kini masjid seolah-olah menjadi tugu peringatan. Cantik, kaku dan lesu.
Masjid-masjid di zaman Rasulullah adalah pusat kecemerlangan ummah kini ketandusan umat. Masjid di tanah airku telah dilemparkan nasib serupa seperti gereja-gereja di barat. Mungkin masjid itu perlu diubah strategi mengimarahkan masjid. Adakah perlu diupah amoi-amoi yang lawa-lawa seksi menjadi promoter masjid barulah berbondong-bondong manusia menuju ke masjid? Ataupun si imam tua dan jawatankuasa masjid yang sentiasa sibuk mengira-ngira duit tabung masjid itu perlu ditukar dengan manusia pakar konsultansi atau motivasi yang sering terpampang di layar tv. Ataupun teknokrat-teknokrat masjid perlu diberi gaji ribu-ribu ringgit mengambil tugas menyeru orang-orang Islam ke masjid supaya masjid yang kemarau jemaah dikembalikan martabatnya itu.
Kenapa masjid yang mengorbankan jutaan ringgit yang ditaruk lampu-lampu chandelier itu lesu? Tidak padan dengan pengunjung-pengunjung tetap yang hanya menjangkau puluhan orang dan tidak pernah mencecah ratusan jemaah siang mahupun malamnya. Hanya angka ribuan tercatat bila masjid itu dilawati oleh hari Jumaat atau awal Ramadan. Selepas itu ia menjadi lesu dan terus lesu.
Al quran dan Hadis tidak mampu menggilap minat umat Islam Malaysia seperti aku mengimarahkan masjid. Alangkah bodoh dan gelapnya hatiku..
Aku lebih ceria bila amoi-amoi promoter di shopping mall menjelaskan nilai-nilai komersial barang promosi. Amoi-amoi itu tetap melontar senyuman menggoda walaupun aku bukanlah pelanggan tetapnya atau orang yang dikenalinya.
Bila aku tiba di masjid aku khuatir dileteri oleh si imam atau orang-orang masjid yang tidak mesra pelanggan itu. Si imam selalunya melontarkan keluhan-keluhan betapa buruk dan jahatnya umat Islam di sana sini. Bukannya khutbah motivasikan aku agar segar menghayati perintah Allah dan sunnah Nabi. Leteran mingguan ini bakal melesukan aku yang terus lesu.
Alangkah bodohnya aku bila ke masjid.... Kenapa masjid berubah menjadi penjara. Gril di tingkap dan pintu-pintu masjid menyeramkan daku. Kononnya mencegah penagih yang juga kebanyakannya dari umat serumpunku. Adakah sekuriti keselamatan masjid perlu begini? Bukan masjid saja di gril, bahkan tandas-tandas masjid juga kena digril. Ngerinya aku memikirkan jika aku ingin berteduh sementara waktu sebelum meneruskan perantauan aku. Bagaimana ketika itu aku ingin menyempurnakan hajatku ketika aku sakit perut.
Akhir kata... masjid tetap lesu, shopping mall tetap ceria.. Masjid menjadi tugu... shopping mall tetap menggoda aku untuk mengembara ke sana... Oh imam.. Oh ajk masjid... bilakah korang nak berubah agar aku yang jahil ni menjadi pengunjung setia masjid...
Wednesday, October 28, 2009
Jangan Lupa Lirik
Selimut Putih
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan
Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri
Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa kerenda diusung
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
Destinasi akhir alam dunia yang bakal ditempuhi oleh perantau-perantau ialah alam kubur. Proses kematian itu tidak melambangkan adakah dia perantau yang paling bertuah atau yang paling malang. Kematian biasanya dikaitkan dengan tragedi, musibah, kemalangan, kecelakaan, penyakit ataupun ketuaan. Saya tidak boleh memilih jenis-jenis kematian yang saya sukai.
Persoalannya...
Adakah rumah kediaman menjadi punca kematian kerana rumah yang didiami boleh terbakar atau runtuh semasa enak menonton TV?
Adakah kereta yang dipandu menjadi kenderaan mayat akibat dihempap dan dirempuh oleh trailer yang sarat muatannya?
Adakah tubuh ini dipenuhi dengan sel-sel kanser yang menanti masa menyerang setiap organ dan tisu sehingga jasad terkujur di pembaringan?
Sebenarnya tak ada kekuatan dan imuniti yang menghalang jasad ini dari risiko tersebut kecuali dengan izin Allah swt. Proses akhir kematian telah ditentukan oleh Allah swt.
Persiapan penting menghadapi maut:
1. Amal yang perlu di 'upgrade'.
2. Niat yang perlu di 'refresh'.
3. Doa yang perlu di 'zoom'.
4. Harta yang perlu di 'unload'.
Pengurusan masa perlu merujuk kepada hakikat ini supaya jasad ini tidak tergolong dalam golongan yang lalai (ghafilin). Wallahualam.
Tuesday, October 27, 2009
Bermulanya satu perantauan.
Perantauanku dah bermula dan destinasinya pasti tiba. Bekalanku terhad. Aku insan kerdil. Lebih besar dari nyamuk dan jauh lebih kecil dari seekor paus. Aku sedar perjalanan ini tidak menentu dan aku perlukan bimbingan. Pendapat dan fikiranku terbatas. Namun keinginanku menjangkau keupayaanku dan kemahiranku. Dosa-dosa lalu masih ada kesannya namun aku mengharapkan ianya bukanlah menjadi timbunan azab sebaliknya menjadi iktibar agar diri yang fana ini sentiasa mendapat ehsan dan rahmat dari Pencipta.
Subscribe to:
Posts (Atom)