Wednesday, October 28, 2009

Jangan Lupa Lirik


Selimut Putih

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan

Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan

Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara

Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri

Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung

Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa kerenda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan

Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman


Destinasi akhir alam dunia yang bakal ditempuhi oleh perantau-perantau ialah alam kubur. Proses kematian itu tidak melambangkan adakah dia perantau yang paling bertuah atau yang paling malang. Kematian biasanya dikaitkan dengan tragedi, musibah, kemalangan, kecelakaan, penyakit ataupun ketuaan. Saya tidak boleh memilih jenis-jenis kematian yang saya sukai.

Persoalannya...

Adakah rumah kediaman menjadi punca kematian kerana rumah yang didiami boleh terbakar atau runtuh semasa enak menonton TV?

Adakah kereta yang dipandu menjadi kenderaan mayat akibat dihempap dan dirempuh oleh trailer yang sarat muatannya?

Adakah tubuh ini dipenuhi dengan sel-sel kanser yang menanti masa menyerang setiap organ dan tisu sehingga jasad terkujur di pembaringan?

Sebenarnya tak ada kekuatan dan imuniti yang menghalang jasad ini dari risiko tersebut kecuali dengan izin Allah swt. Proses akhir kematian telah ditentukan oleh Allah swt.

Persiapan penting menghadapi maut:

1. Amal yang perlu di 'upgrade'.
2. Niat yang perlu di 'refresh'.
3. Doa yang perlu di 'zoom'.
4. Harta yang perlu di 'unload'.

Pengurusan masa perlu merujuk kepada hakikat ini supaya jasad ini tidak tergolong dalam golongan yang lalai (ghafilin). Wallahualam.

No comments:

Post a Comment