Thursday, December 3, 2009

Ajar dan sampaikan

Ilmu dan al quran diangkat dari mukabumi ini sehinggakan satu ketika dua orang bertelagah tentang sesuatu perkara mengenai hukum-hukum fardhu dan tidak ada seorangpun mampu menyelesaikan permasaalahan. Ini sangat merisaukan kerana perkhabaran itu datangnya dari mulut orang yang tidak pernah berdusta.

Jika dikaitkan dengan kecanggihan alat teknologi terkini yang mampu menyimpan data & menyampaikannya dengan kelajuan yang tinggi akhirnya kecundang kerana nilai ilmu ugama dan al Quran sudah tidak ada lagi di hati manusia. Ilmu ugama dan al Quran yang tersimpan di komputer juga pasti suatu hari di recycle bin.

Kesusahan mencari ilmu yang berlaku di zaman sahabat dan tabiin yang sanggup merantau beribu-ribu kilometer semata-mata untuk mengesahkan suatu hadis itu sah atau sebaliknya telah diangkat dan digantikan dengan kemudahan teknologi maklumat di mana umat manusia dapat mengakseskannya dengan satu sentuhan jari.

Imam Shafiee rahmatullaih pernah mengulas mempelajari ilmu semasa kesukaran adalah lebih bermanfaat. Beliau juga yang mempelajari ilmu-ilmu ugama dengan menulisnya di atas tulang-tulang yang dikumpulkan untuk diulangkajinya. Kadangkala menggunakan cerbisan kulit untuk ditulisnya ilmu-ilmu dari gurunya.

Persoalannya.. adakah kita ajar dan sampaikan ilmu-ilmu yang kita perolehi? Adakah kerana halangan tauliah dan persijilan menyebabkan kita lari dari tanggungjawab ajar dan sampaikan? Adakah itu menjadi alasan kita bila dihadapkan di mahkamah agung yang kita tidak menunaikannya kerana kita tiada tauliah atau persijilan? Fikir-fikirkan...

No comments:

Post a Comment